SPRM Tahan Pengurus Ladang kerana pecah amanah

SANDAKAN: Seorang pengurus ladang di sini ditahan SPRM hari ini kerana disyaki telah menyalahgunakan wang tabung pekerja ladang berjumlah kira RM20,000 pada tahun 2018.

Advertisements

Suspek berusia 39 tahun itu ditahan kira- kira jam 9 pagi di pejabat SPRM Sandakan. 

Menurut sumber, wang tersebut telah dikeluarkan oleh suspek menerusi enam keping cek sebuah bank.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu mdan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan.

Jelas beliau, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM5000 dengan seorang penjamin.

Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan pada 2 Mac 2021.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles