KOTA KINABALU: Kira-kira 17 keluarga mangsa kebakaran Jalan Saga menerima sumbangan daripada Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di Dewan Serbaguna Kampung Likas hari ini.
Sumbangan disampaikan Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Aziah Atoh kepada mangsa kebakaran Jalan Saga Kampung Likas.
Sumbangan tersebut berupa air mineral, makanan dan wang tunai.
Sebanyak 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Likas, di sini musnah dalam kebakaran semalam, menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.20 malam itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.
Turut hadir Exco Pemuda Gagasan Rakyat Abqaree Fawwaz Abekan, Ketua Beliawanis Emmy Martin Idang, Ketua Pemuda Dun Likas Gagasan Rakyat Syahmee Mohd Ron serta ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Beliawanis daripada bahagian berdekatan.