Adun Tungku nafi keluar Warisan

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku Assaffal P Alian menafikan khabar angin kononnya beliau akan meninggalkan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Advertisements

“Saya melihat foto saya digunakan portal sabahkini2 pada 26 Feb (kelmarin) dengan tajuk “Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong Gabungan Rakyat Sabah”?

“Adalah satu manipulasi media bagi memecahkan kepercayaan pengundi saya dan nama baik parti Warisan Sabah yang dibina atas prinsip dan nilai diri yang menghormati mandat rakyat yang diberi pada RRN16 yang lalu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya usaha menyeret nama saya Adun N60 Tunku, kononnya saya menyokong GRS,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

Assaffal berkata rakyat Sabah tidak perlukan politik provokasi pecah dan perintah lapuk yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa dan kepentingan peribadi.

Beliau berkata, kebersamaan dan kesepaduan demi Sabah yang lebih makmur hanya dapat dicapai dalam konsep perpaduan yang dibawa oleh Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

“Kesetiaan saya kekal bersama Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglina Shafie Apdal,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles