YADIM sampaikan sumbangan kepada kanak-kanak pesakit Talesemia

KOTA KINABALU: Pesakit talesemia, Neowell Vann Houtton Mussley menerima sumbangan wang tunai dan barangan makanan daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Advertisements

Pengarah YADIM Sabah, Haji Samin Ongki menyampaikan sumbangan itu kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan di kediaman mereka di rumah pangsa Tanjung Aru dekat sini.

Ayah kanak-kanak itu, Mussley berasal dari Pensiangan, seorang pekerja am di sebuah hotel terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB sekarang. Manakala ibunya Puan Selly Onong berasal pdari Kuala Penyu dan tidak bekerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada Neowell.

Menurut Samin, pihaknya mengetahui keadaan kanak-kanak itu setelah diviralkan di portal dan media sosial.

“Keluarga ini terutama ayah kanak-kanak itu begitu terkesan dengan situasi yang berlaku sekarang dan mereka memerlukan bantuan,” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu.

Sementara itu, ibu Neowell, Puan Selly Onong merayu orang ramai supaya menderma darah untuk membantu anaknya yang mengidap penyakit itu.

Katanya, mereka yang mempunyai darah sepadan dengan kanak-kanak itu dan ingin menderma boleh berbuat demikian di Queen Elizabeth Hospital 1 atau menghubungi Selly di talian 0147357915.

Dia memberitahu, anaknya dikesan mengidap “talesemia major” ketika berusia empat tahun dan sejak itu, dia perlu menjalani pembedahan darah setiap bulan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles