SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivan Wong menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyiapkan laporan penilaian harga menaiktaraf Jabatan Farmasi Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan bangunan lama wad di Hospital itu secepat mungkin dan memulakan tender pada Mei 2023 seperti yang dijadualkan agar dapat memberi manfaat kepada penduduk Sandakan dan sekitarnya.
Beliau menegaskan bahawa projek naik taraf berkenaan sebenarnya telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan *RM12.22 juta* juga telah diluluskan untuk kerja-kerja menaiktaraf.
“Tetapi apa yang mengelirukan ialah tiada tanda-tanda pembinaan sehingga kini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengemukakan pertanyaan di Dewan Rakyat mengenai situasi terkini projek menaiktaraf Jabatan Farmasi HDOK dan bangunan lama wad hospital itu.
Vivian juga telah menerima jawapan bertulis daripada jabatan itu.
Menurut jawapan bertulis daripada Kementerian Kesihatan, projek itu tidak dijalankan kerana kontraktor yang berkaitan gagal melaksanakan projek seperti yang dijadualkan.
Justeru, peruntukkan ditolak.
Dan kerana harga bahan mentah antarabangsa telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, JKR juga akan menilai semula jumlah projek dan dijangka proses tender akan dibuka pada bulan Mei.
“Saya amat berharap agar JKR dapat menyelesaikan proses penilaian secepat mungkin supaya proses tender projek itu dapat dimulakan mengikut jadual, malah boleh dimulakan lebih awal.” Kata Vivian.
“Wad lama HDOK masih belum dibaikpulih untuk bertahun-tahun dan banyak peralatannya juga sudah lama.Â
Pesakit juga perlu diberi perkhidmatan yang terbaik,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau sekali lagi mencadangkan kepada kerajaan untuk melihat rancangan menaiktaraf HDOK di Sandakan kepada hospital peringkat negeri secepat mungkin.
“Ia agar penduduk di Pantai Timur Sabah khasnya Sandakan dan kawasan sekitar tidak perlu menempuh perjalanan jarak jauh dan membebankan kewangan mereka untuk pergi ke Kota Kinabalu bagi mendapatkan rawatan lanjut dan pakar yang diperlukan,” tambahnya.