Perkasakan aktiviti CSR demi Kesejahteraan rakyat – Awang Aslee

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Advertisements

BEAUFORT : Tanggung jawab sosial korporat (SCR) perlu terus diperkasakan kerana peranan pentingnya dalam pembangunan masyarakat terutama untuk membantu golongan yang yang memerlukan di samping mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara.

Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Awang Aslee Lakat berkata, dalam proses pemerkasaan peranan CSR ini, pengupayaan instrumen zakat ,wakaf dan sumbangan kepada mereka yang amat memerlukan perlu diberikan keutamaan.

“UMNO sebagai sebuah parti terbesar dan tidak terpisah dengan tanggungjawab sosial kepada masyarakat walaupun sebagai sebuah organinasi politik,namun tidak terlepas daripada memikul tanggungjawab untuk menyumbang kepada kemajuan masyarakat,” katanya ketika di hubungi di sini kemarin selepas mewakilkan Naib Ketua Umno bahagian Beaufort Md Rashid Haji Mathon ,Ketua Pemuda Umno bahagian Beaufort Ak Mohd Yazri Ak Mohd Yahaya dan Naib Ketua Wanita Beaufort Norjana Saban menyerahkan dua set penghawa dingin sumbangan peribadi dan UMNO bahagian Beaufort kepada dua penerima iaitu Masjid Nur Hidayah kampung Klias Kecil dan dan Taska Kemas Pekan Kuala Penyu.

Menurut Awang Aslee tanggungjawab parti bukan sahaja memperkukuhkan organisasi parti dan kerajaan namun turut memenuhi kehendak dan memberi penambahbaikan nilai kepada masyarakat agar mereka lebih dekat kepada parti dan kerajaan.

Beliau berkata, walaupun konsep CSR ini teori daripada Barat, dari sudut lain ia dilihat selaras dengan tuntutan Islam yang menekankan ciri perniagaan tidak bertujuan mencapai kejayaan material sahaja. Ciri perniagaan dalam Islam juga menekankan kepentingan menjaga kebajikan sosial masyarakat sekeliling.

“Ini dapat dibuktikan dengan tuntutan mengeluarkan zakat dan galakkan mewakafkan harta. Penubuhan institusi zakat bertujuan membasmi kemiskinan dan membantu kebajikan sosial masyarakat. Begitu juga institusi wakaf yang bertujuan membangunkan sosioekonomi sesebuah negara,” katanya.

Awang Aslee menambah melalui sumbangan tersebut diharapkan masyarakat Islam di keriah masjid Nur Hidayah Kampung Klias kecil akan berasa lebih selesa untuk mengerjakan solat berjemaah terutamanya di musim bulan ramdahan ini

Begitu juga pelajar tadika kemas di Pekan Kuala Penyu akan lebih merasa selesa menjalani proses pembelajaran dalam keadaan bilik yang berhawa dingin dan dapat menumpukan perhatian mereka kepada pembelajaran seharian

“Sudah tentu impak daripada aktiviti itu dapat dimanfaatkan bersama bagi mencapai kesejahteraan masyarakat. Ia juga dapat memperbaiki taraf kehidupan masyarakat dan pada masa yang sama menyumbang kepada nilai-nilai persaudaraan dan memperkukuhkan semangat silatulrahim antara kepimpinan parti dan masyarakat luar,” tambah Awang Aslle

Related Articles

253FansLike

Latest Articles