Anwar kini harapan terbaik, Dr Mahathir gagal – Salleh

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan pengisytiharan yang dilaungkan oleh Dr Mahathir Mohamad sebagai ibarat “pengisytiharan yang menuduh diri sendiri”.

Advertisements

Menurut laporan Malaysiakini, pengisytiharan itu nampaknya menunjukkan bekas Perdana Menteri itu adalah kegagalan terbesar dalam mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi orang Melayu.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah  diminta mengulas proklamasi 12 perkara dipelopori  Mahathir, yang menyalahkan “kesusahan ekonomi dan politik” kaum itu atas “kecuaian” pemimpin Melayu sendiri.

“Beliau (Mahathir) telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun (dari 1981 hingga 2003) dan kemudian selama 22 bulan (dari 2018 hingga 2022). Dia mengetuai dua kerajaan berbeza tetapi masih gagal.

“Pengisytiharan itu menunjukkan bahawa penggantinya Abdullah Ahmad Badawi juga gagal.

“Orang yang disokongnya untuk menggulingkan penggantinya, Najib Razak, juga gagal. Orang yang bekerjasama dengannya untuk menjatuhkan pengganti kepada penggantinya, Muhyiddin Yassin, juga gagal.

“Selain menggagalkan dirinya, Mahathir mempunyai peranan penting dalam memilih orang lain yang juga dikatakan gagal dalam mempertingkat nasib Orang Melayu. Jadi, kesimpulannya mudah sahaja. Dia adalah kegagalan terbesar,” katanya kepada Malaysiakini.

Laporan Malaysiakini itu juga memetik Salleh sebagai mempersoalkan pemerintahan Mahathir yang tidak dipertikaikan selama lebih dua dekad.

“Beliau mengetuai kerajaan yang berjaya dalam semua pilihan raya umum. BN telah menguasai dua pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat. Walaupun begitu, pengisytiharan itu mendakwa keadaan orang Melayu masih dalam keadaan suram.

“Jadi apa gunanya kuasa politik itu apabila ia tidak memberi manfaat kepada orang Melayu?” Salleh bertanya.

Menurut Salleh, pengisytiharan itu tidak ada kena mengena dengan nasib orang Melayu sebaliknya bagi memastikan Mahathir kekal relevan selepas tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Salleh dipetik sebagai berkata bahawa proklamasi itu mencadangkan agar Anwar dan kerajaan gabungannya harus diberi pertimbangan sebagai harapan terbaik kerana gabungan ini belum diuji.

Oleh itu, Salleh berkata jika Mahathir tidak dapat menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dia tidak sepatutnya menjadi sebahagian daripada masalah itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles