DUN Tandek perlu lebih bangunan premis Perniagaan

KOTA MARUDU: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek memerlukan lebih banyak lagi bangunan premis perniagaan di pekan Tandek dalam usaha mempertingkatkan taraf ekonomi penduduk di kawasan Dun itu.

Advertisements

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding berharop agar lebih banyak bangunan dua tingkat dibina di pekan Tandek.

Hendrus

“Pembinaan premis perniagaan perlu dipercepatkan kerana pertambahan kedai baharu di sini akan dapat mempelbagaikan fungsi penawaran keperluan dan perkhidmatan serta menarik lebih pengunjung dan sudah pasti ini akan menjadikan medan pekan Tandek menjadi lebih berdaya saing,” kata Hendrus. 

Dalam satu tinjauan ke tapak lot kedai bersama  Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah, Hendrus berkata  tapak lot kedai itu telah ditimbus tiga tahun lalu bagi tujuan membina  91 kedai dua tingkat yang dicadangkan untuk dilaksanakan di pekan tersebut.

“Saya berharap agar pihak LPPB dapat mempercepatkan pembinaan bangunan bagi pekan Tandek.

Pekan Tandek yang terletak 12 kilometer dari Bandar Kota Marudu  mempunyai kira-kira 33,225 orang penduduk. 

“Setakat Ini, hanya terdapat 12 buah premis perniagaan sahaja di pekan Tandek”, kata Hendrus yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Beliau yakin taraf hidup penduduk DUN Tandek akan dapat dipertingkatkan yang mana lebih ramai lagi akan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan lebih banyak kedai menjual pelbagai produk. 

Kemudahan penyediaan premis perniagaan ini sudah pasti akan menjadi pemangkin kepada semua penduduk untuk lebih proaktif, katanya.

Turut hadir dalam tinjauan ke tapak cadangan pembinaan lot kedai baharu itu ialah, Pengarah Urusan LPPB, Rosemery Ahping, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Marudu, Mumin Amsah, Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Majawap Masantun, serta kakitangan Pejabat ADUN dan UPPM Tandek.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles