Presiden baharu UPKO – PBRS, Ewon dan Arthur jumpa bincang agenda Sabah

KOTA KINABALU: Presiden baharu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick dan Presiden baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup mengadakan perjumpaan di Putrajaya hari ini untuk membincangkan agenda masa depan Sabah.

Advertisements

Kedua-dua Presiden tersebut mengambil-alih tampuk kepimpinan parti masing-masing pada minggu lepas.

UPKO dan PBRS sebelum ini pernah bersama-sama dalam gabungan lama Barisan Nasional (BN) dari tahun 1994 sehingga tahun 2018. UPKO kini menjadi parti komponen Pakatan Harapan (PH), manakala PBRS kekal dalam BN.

Bagaimanapun, kedua-dua parti tersebut kini bersatu melalui Kerajaan Perpaduan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ewon, perjumpaan tersebut juga membincangkan kerjasama kedua-dua Presiden dalam pembangunan kawasan melalui Kementerian masing-masing.

“Saya akan berkunjung ke Parlimen Pensiangan, iaitu kawasan yang diwakili oleh Arthur pada hujung bulan ini. Manakala pada bulan seterusnya, beliau pula akan berkunjung ke Kadamaian, iaitu kawasan DUN yang saya wakili.

“Kami berdua berharap dapat menginspirasikan perpaduan dan kesatuan rakyat Sabah supaya lebih memfokuskan kepada usaha membangunkan rakyat dan wilayah kita, bukannya berpolitik sepanjang masa. Kami berharap fokus ini mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles