KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu kepada rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan harapan agar pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik masing-masing dapat dipertingkatkan.
“2022 melabuhkan tirainya. Kita buka lembaran baharu pada 2023.
“Semoga sinar baharu lebih gemilang pada tahun ini samada dari segi ekonomi, politik mahupun sosial,” katanya.
Salleh yang juga Adun Usukan berkata demikian dalam perutusan ringkasnya sempena Sambutan Tahun Baharu 2023 yang dimuatkan di Facebook, hari ini.
Beliau turut menggesa rakyat khususnya di Sabah supaya terus berganding bahu
demi kebaikan bersama.
“Semoga negeri ini terus membangun dan kebajikan masyarakat terus jadi keutamaan,” katanya.