Keputusan undi Cina akan bantu ubah lanskap politik Penampang

PENAMPANG – Keputusan hari pengundian pada Sabtu ini terutama oleh pengundi Cina akan membantu mengubah lanskap politik di Penampang, kata Pengarah Operasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Pusat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan.

Advertisements

Jafery yang Ketua Bahagian Kepayan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) berkata, ini kerana semua dua DUN yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan (Warisan) manakala Parlimen Penampang pula dikuasai oleh Kenny Chua Teck Ho dari pihak kerajaan sekiranya dipilih dan menang nanti.

“Selain sistem semak dan imbang, perkhidmatan peminpin dapat berfungsi dengan baik, pengundi Cina dan Kadazandusun atau Sino Kadazan mempunyai wakil rakyat yang mewakili mereka di dalam kerajaan negeri ataupun kerajaan Pusat.

“Kerana sehingga hari ini belum ada wakil rakyat kaum Cina dari kerajaan GRS-BN sebagai menteri Kabinet kerajaan negeri atau Persekutuan sejak GRS-BN menjadi kerajaan yang semakin kuat dan stabil dalam kepimpinan kerajaan Sabah kerana rakyat Sabah berbangaa Cina terlalu sibuk dengan masa depan politik pemimpin Kuala Lumpur berbanding masa depan politik Sabah sendiri, ” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu, Jafery juga mengingatkan pengundi rakyat Sabah supaya tidak terpengaruh dengan pujuk rayu wakil parti gergasi seperti PH dan yang lain kerana mereka telah terbukti retorik dan gagal selama 22 bulan menjadi kerajaan Persekutuan dan negeri kerana mereka terlalu sibuk mencari calon Perdana Menteri.

“Mereka bukan sibuk menjaga ekonomi, kestabilan politik, kaum dan kebajikan rakyat khususnya hak-hak rakyat Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63),” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya rakyat mengutamakan dan memilih calon yang tidak tamak dan memastikan calon tidak memegang lebih dari satu jawatan sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) atau wakil Dewan Rakyat.

“Kecuali pemimpin itu terbukti berkesan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kawasan masing masing,” ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles