GRS, BN, PH diramal menang masing-masing 7 kerusi, Warisan 4

Oleh Penganalisa Politik/Penulis Buku Musli Oli

Advertisements

KOTA KINABALU: Sungguhpun cabaran agak berat, Barisan Nasional (BN) dijangka dapat menawan kerusi parlimen Kota Belud daripada parti Warisan.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang merupakan MP dua penggal mewakili Kota Belud diramalkan menang tipis.

Kawasan lain yang BN dicabar hebat tetapi berpeluang menawannya termasuklah parlimen Tenom dan Beluran.

Di Tenom cabaran daripada calon Bebas yang disokong parti KDM setelah calon Bebas itu menyertai parti tersebut. Pada Sabtu pencalonan Presiden parti KDM telah ditolak SPR untuk kerusi parlimen Tenom.

Di Beluran BN berdepan cabaran sengit daripada penyandang Datuk Ronald Kiandee yang bertanding atas tikit Perikatan Nasional.

Sungguhpun begitu BN dijangka tidak menghadapi cabaran besar untuk mempertahan kerusi parlimen Kinabatangan, Libaran dan Kimanis. Satu lagi kerusi yang BN dijangka berpeluang mempertahan ialah Beaufort.

Gabungan GRS dijangka akan menang di Kudat sungguhpun terdapat cabaran dari Warisan dan calon Bebas yang berpengaruh.

GRS juga dijangka menang di Kota Marudu. Penyandang Datuk Maximus Ongkili mendapat advantaj akibat perpecahan undi parti-parti pembangkang yang sama kuat daripada KDM, Warisan dan MUDA.

Parlimen Tuaran dijangka dapat ditawan calon GRS daripada PH namun terdapat juga laporan mengatakan sokongan terhadap PH kebelangkangan ini menunjukkan peningkatan.

GRS juga diramal menawan parlimen Papar daripada Warisan. Parlimen Sipitang satu lagi kerusi yang dianggap selamat kepada GRS. Demikian juga Ranau dijangka dipertahankan calonnya Datuk Jonathan Yasin atas tikit GRS.

Parlimen Keningau tidak menghadapi saingan sengit untuk dipertahankan oleh penyandang dan Presiden STAR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bertanding atas tikit GRS.

PH dijangka menang mudah melalui calon-calon DAP yang mewakili PH untuk kawasan bandar Kota Kinabalu dan Sandakan. Bandar Tawau satu lagi kerusi PH akan dipertahankan melalui wakil daripada PKR.

PH dijangka mengungguli kerusi Putatan sungguhpun dicabar hebat daripada calon BN. Tiga lagi kerusi yang dianggap upset ialah Penampang, Pensiangan dan Kalabakan bakal ditawan PH.

Penampang dimenangi calon Warisan dengan majoriti lebih 30k pada PRU lalu. Pada masa Warisan adalah sebahagian daripada gabungan PH. Kali ini calonnya Datuk Darrel Leiking berdepan calon PH iaitu Presiden UPKO Datuk Ewon Benedict. Calon PH dijangka boleh tarik sokongan kaum Cina dan masyarakat Sino-Kadazan yang pro DAP.

Pensiangan dan Kalabakan dua kerusi yang boleh ditawan PH kerana tsunami pengaruh PKR diperingkat Persekutuan telah mula melebar ke Sabah. Parti Warisan yang bergerak solo tidak akan menghadapi masalah mempertahan Semporna.

Presiden parti itu akan memperolehi kemenangan walaupun dijangka majoriti agak merosot. Kerusi Lahad Datu juga dipertahankan dengan mudah. Calonnya Datuk Yusof Apdal adalah adik kandung Kepada Presiden Warisan.

Dato Azis Jamman dijangka berdepan saingan hebat daripada calon BN dan PH untuk kerusi Sepanggar tetapi beliau dijangka mampu mempertahankannya untuk Warisan. Satu lagi kerusi yang mudah dipertahan ialah Batu Sapi. Calonnya Alias Sani adalah seorang yang sangat popular dan disenangi penduduk Batu Sapi.

Berikut tinjauan sepintas lalu calon-calon boleh menang di kawasan parlimen negeri Sabah:-

1. Kudat – Ruddy Awah (GRS)
2. Kota Marudu – Maximus Ongkili (GRS)
3. Kota Belud – Abd Rahman Dahlan ( BN)
4. Tuaran – Joniston Bangkuai (GRS)
5. Sepanggar – Azis Jamman ( Warisan)
6. Kota Kinabalu – Chan Foong Hin (PH)
7. Putatan – Awang Husaini (PH)
8. Penampang – Ewon Benedict ( PH)
9. Papar – Datuk Armizan Mohd Ali ( GRS)
10. Kimanis – Mohamad Alamin (BN)
11. Beaufort – Siti Aminah Aching (BN)
12. Sipitang – Matbali Musah ( GRS)
13. Ranau – Jonathan Yasin (GRS)
14. Keningau – Dr Jeffrey Kitingan (GRS)
15. Tenom – Jamawi Jaafar (BN)
16. Pensiangan – Dr Sangkar Rasam ( PH)
17. Beluran – Benedict Asmat (BN)
18. Libaran – Suhaimi Hj Nasir (BN)
19. Batu Sapi – Alias Sani (Warisan)
20. Sandakan – Vivian Wong (PH)
21. Kinabatangan – Bung Moktar (BN)
22. Lahad Datu – Yusof Apdal (Warisan)
23. Semporna – Shafie Apdal ( Warisan)
24. Tawau – Christina Liew (PH)
25. Kalabakan – Noraini Ghafur (PH)

GRS – 7 kerusi
BN – 7 kerusi
PH – 7 kerusi
Warisan – 4 kerusi

Jumlah kerusi 25.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles