KOTA KINABALU: Naib presiden Bersatu yang juga penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dikhabarkan akan mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15.
‘Khabar angin’ itu mula bertiup kencang sejak semalam sekali gus menimbulkan pelbagai polemik dalam kalangan ahli politik di negeri ini termasuk beberapa kawsan Parlimen yang lain.
Bagaimanapun, sumber dalaman mengesahkan pagi ini bahawa urusan mengumpul penyokong bagi mengiringi Ronald ke pusat penamaan calon sedang dijalankan.
Ronald dikatakan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Jika perkara itu benar-benar berlaku ia pastinya memberikan kesan kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mengumumkan calon Benedic Asmat bertanding di kawasan itu yang diwakilinya selama lima penggal.
Berdasarkan hasil rundingan pembahagian kerusi antara BN dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kerusi Parlimen Beluran diperuntukkan kepada BN, sekali gus menutup peluang Ronald mempertahankan kerusi itu.
Selain kerusi Parlimen Beluran, desas desus juga bertiup kencang meramalkan beberapa kerusi Parlimen lain akan ditandingi sama ada PN atau bebas.
Pada PRU14 Ronald berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum itu dengan meraih majoriti 7,115 undi.