Aspirasi Anak-Anak Muda diambil kira dalam perancangan dasar negara – Ronald

TELUPID: Aspirasi anak-anak muda diambil kira oleh kerajaan dalam perancangan dasar-dasar negara supaya golongan ini tidak terpinggir.

Advertisements

Terbaru kelayakan pengundi 18 telah diwartakan pada Disember 2021 yang lalu dan anak muda Malaysia berusia 18 hingga 21 tahun kini mempunyai hak untuk mengundi di PRU-15 yang akan datang.

Naib presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ini merupakan peluang pertama kali yang disediakan kerajaan dengan memberi peluang bagi mereka untuk turut serta dalam proses demokrasi negara kita.

“Dalam pada itu, saya bangga dengan sokongan kehadiran lebih 400 orang belia dari kawasan setempat di Dewan Kampung Telupid, semalam pada sesi Program Pemimpin Bersama Anak Muda dan Pelancaran Troop183 di Telupid.

“Tentu sekali bagi saya program ini merupakan aspirasi golongan muda untuk kita angkat selain mendengar masalah anak-anak muda khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Ronald berkata pada sesi berdialog santai yang diadakan, beliau mendengar dengan teliti keluhan dan aspirasi masa depan anak-anak muda ini dan juga merasai semangat yang ditunjukkan oleh mereka untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan.

“Platform ini dilihat sangat dekat di hati mereka di mana kami dapat mesra bertukar pendapat dan melontarkan buah fikiran untuk memahami lebih percaturan politik semasa.

“Semua ini perlu kita ambil kira melalui perancangan yang dibuat oleh pelbagai Kementerian yang melihat dan menyentuh kepada aspirasi anak muda,” katanya.

Beliau juga melihat mereka akan lebih bertanggungjawab untuk mengangkat demokrasi secara efisyen dan teratur dengan membuang undi pada pilihan raya.

“Jadi anak muda semua diingatkan agar tidak mengabaikan tanggungjawab ini dan keluar secara beramai-ramai untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU-15 pada 19 November nanti,” katanya,

Turut hadir bersama, Jonnybone J Kurum, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid dan YB Samad bin Jambri, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles