SUP Sabah Mahu Penjawat Awam Pelihara Integriti

KOTA KINABALU: Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Samsuni Mohd Nor mengingatkan penjawat awam persekutuan di negeri ini supaya mengutamakan integriti bagi memastikan kelancaran urusan kerajaan.

Advertisements

Beliau yang bersara wajib Jumaat ini, turut menekankan pentingnya penjawat awam mengamalkan profesionalisme yang tinggi dalam menggalas tugas yang diamanahkan.

“Bagi mereka yang masih lagi bertugas sebagai penjawat awam, saya ingin berpesan supaya sentiasa berintegriti dan profesional dalam menjalankan tugas, katanya.

Samsuni berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada rombongan RTM Sabah diketuai Pengarah Penyiaran Sabah Nor’ain Binte Haji Bakir di Kompleks Persekutuan, Likas hari ini.

Beliau berharap penjawat awam sentiasa mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk SOP untuk mengekang penularan pandemik Covid-19.

Katanya walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini, namun ia tidak bererti bebas tanpa perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sehubungan itu, beliau meminta  para penjawat awam membantu kerajaan menjayakan program vaksinasi yang akan bermula pada hujung bulan ini.

Katanya pada dasarnya pihaknya telah bersetuju agar Dewan Serbaguna di Kompeks Persekutuan digunakan sebagai salah satu pusat vaksinasi.

Mengenai kunjungan hormat itu, Samsuni menzahirkan rasa terharu atas kehadiran rombongan RTM Sabah yang beliau sifatkan sebagai tanda pengiktirafan dan sokongan terhadap perkhidmatannya di Sabah yang tamat pada Jumaat ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles