Salleh nadi kebangkitan semula KOJASA

KOTA KINABALU: Dalam dunia perniagaan, tidak semua syarikat yang mengalami kerugian mampu bangkit semula.

Advertisements

Apabila berdepan kerugian, ramai berhenti separuh jalan, ada pula yang mudah berputus asa, ada juga tidak tahu arah tuju.

Dalam hal ini, tiada yang menyangka Kojasa Holdings Berhad (KOJASA), kini menjadi syarikat milik penuh Qhazanah Sabah Berhad (QSB), yang ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Parti Berjaya dan ditutup operasinya beberapa dekad yang lalu, mampu kembali bangkit.

Kebangkitan KOJASA mula terserlah selepas bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi QSB sejak dua tahun lepas.

Dilihat sebagai pemimpin berpandangan jauh dan berjiwa rakyat, Salleh berjaya merubah nasib KOJASA kepada yang lebih baik dengan melakukan beberapa pembaharuan.

Salleh yang memainkan peranan penting menghidupkan semula operasi KOJASA bertekad mengemudi syarikat peruncitan Sabah itu kembali ke era kecemerlangan.

Hasil cetusan idea Pengerusi QSB, KOJASA Holding telah mengorak langkah dengan memulakan operasi Kojasa Mart di Inanam dan Anjung Selera pada penghujuang tahun lepas.


Fokus Kojasa Mart ialah menawarkan atau menjual barangan keperluan harian dengan harga yang berpatutan.

Setakat ini sambutan terhadap Kojasa Mart amat menggalakkan.

Mengenai perancangan masa depan KOJASA, syarikat peruncitan itu bercadang untuk menjadi pembekal barangan keperluan kepada kedai-kedai runcit kecil khususnya di kawasan luar bandar.

Antara barangan yang dijual di kedai Kojasa termasuk pek beras 10kg di bawah jenama Beras Kojasa.

Sementara itu, bagi menyokong operasi Kojasa Mart, Kojasa melalui perkhidmatan penghantarannya sendiri – KOJAX Sdn Bhd (KOJAX) kini beroperasi bagi memenuhi penghantaran pesanan pelanggan Kojasa Mart dalam radius 20km dari cawangan Kojasa Mart.

Dengan kehadiran yang lebih menonjol di sekitar Sabah, Kojasa Mart juga berhasrat untuk menjadi pembekal dan pemborong untuk perniagaan runcit kecil-kecilan di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sabah.

Kojasa Mart juga telah menjadikan misinya untuk membantu rakyat Sabah dengan mewujudkan platform untuk usahawan tempatan memasarkan produk mereka.

Memikirkan pentingnya “menolong” orang kampung, Salleh turut memperkenalkan program Jelajah KOJASA dengan tumpuan di kawasan luar bandar.

ADUN Usukan itu merupakan satu-satunya orang yang bertanggungjawab terhadap cetusan idea itu yang memulakan Jelajah KOJASA di Kota Belud baru-baru ini.


Program ini amat signifikan untuk memudahkan penduduk kampung membeli barang keperluan dengan harga yang amat berpatutan.

Program itu bakal diperluaskan ke daerah lain tidak lama lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles