Semua PPS di Sabah ditutup

Gambar Hiasan Banjir Sungai Kibunut, Penampang

Advertisements

KOTA KINABALU: Kesemua tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah ditutup petang Rabu berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah dalam kenyataan memberitahu 122 orang daripada 32 keluarga yang berlindung di ketiga-tiga PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Menurut kenyataan itu PPS di Dewan Projek Perumahan Rakyat Sri Keramat di Putatan ditutup pada 4.30 petang, Dewan DSP Mohd Dun Banir di Beaufort (1 tengah hari) dan Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU di Papar ditutup pada 4 petang semalam.
Kesemua PPS dibuka pada Ahad dan Isnin susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas.
Cuaca ketika ini mendung di kebanyakan kawasan di Sabah dan Jabatan Meteorologi meramalkan ribut petir di beberapa kawasan malam ini.
— BERNAMA

Related Articles

253FansLike

Latest Articles