PRU15 perlu untuk peroleh mandat rakyat – Bung

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

KOTA KINABALU: Polemik sebelum ini ,samaada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakub pada Isnin mengumumkan pembubaran Parlimen.

Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, berkata, pilihanraya itu perlu diadakan bagi memastikan kerajaan yang memerintah adalah kerajaan yang mendapat mandat yang sah daripada rakyat.

“Keputusan pembubaran Parlimen ke-14 ini tepat pada masanya untuk mendapatkan mandat baharu, sekali gus memberi peluang rakyat memilih kerajaan baru yang mampu membawa kepada kestabilan politik negara dan ini merupakan sebahagian dari proses demokrasi yang perlu dihormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas pembubaran Parlimen.

Menurut Bung yang juga Ketua Umno Sabah, pembubaran itu juga akan menghentikan tohmahan pelbagai pihak yang mendakwa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan “Pintu Belakang” dan “Kerajaan Tebuk Atap”.

Bung berkata belum pernah berlaku dalam sejarah dalam satu panggal yang sama berlaku pertukaran tiga kali Kerajaan dan Perdana Menteri yang menunjukkan keadaan politik negara tidak stabil sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi.

“PRU-15 kali ini rakyat perlu bijak memilih kerajaan untuk menerajui negara, konsep fikir sebelum undi penting bagi mewujudkan kestabilan politik selain tidak mengulangi episod pada PRU-14 memilih parti yang bukan sahaja gagal melaksanakan manifesto yang dijanjikan tapi gagal membawa kestabilan politik dan ekonomi negara,” katanya.

Susulan itu, katanya, pengundi perlu membuat keputusan terbaik untuk memilih pemimpin berkualiti bagi memulihkan kestabilan politik, sekali gus memacu semula ekonomi negara.

“Secara kasarnya, ekonomi negara belum lagi pulih memandangkan Malaysia berdepan pelbagai cabaran termasuklah pertukaran kerajaan dan Covid-19 menyebabkan situasinya tidak menentu.

Dalam pada itu, Bung berkata, usaha memulihkan ekonomi negara memerlukan politik yang stabil bagi menarik kedatangan pelabur ke Malaysia.

“Kalau politik tidak stabil, negara ini bukanlah menjadi keutamaan pelabur. Jika kita lihat di Indonesia, mereka ada banyak pelabur kerana tidak bercakap tentang politik selepas Pertandingan Presiden selesai,” katanya.

Mengenai persediaan BN Sabah menghadapi PRU-15, Bung berkata, BN Sabah telah pun bersiap sedia menghadapinya, termasuk mengadakan pelancaran jentera BN dan ianya akan diperluaskan ke beberapa Zon lain.

Dalam perkembangan yang sama, Bung berkata BN Sabah akan berkerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU-15 yang mana rundingan sedang berjalan dengan baik dan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Mengenai calon-calon di Sabah yang akan mewakili BN dalam PRU-15, Bung berkata, BN Sabah sudah pun mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding dan akan memuktamadkan senarai calon kepada BN pusat setelah rundingan bersama GRS selasai .

“Pada siri jelajah Gelombang Biru dan Pelancaran jentera BN yang telah kita laksanakan sokongan peringkat akar umbi cukup meyakinkan, termasuk persiapan BN Sabah untuk mengekalkan kemenangan dahulu dan akan dapat memberikan seberapa banyak kerusi bagim membantu BN menawan Putrajaya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles