Peto Galim bersedia jika dicalonkan untuk Parlimen Sepanggar

KOTA KINABALU Ketua PKR cabang Sepanggar Peto Galim mengesahkan beliau sudah bersedia untuk bertanding di peringkat Parlimen sekiranya dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Advertisements

Beliau bagaimanapun berkata keputusan sama ada menjadi calon parlimen Sepanggar hanya akan diputuskan kepimpinan tertinggi PKR.

“Sebagai team player, saya terima apa jua keputusan dari pucuk pimpinan,” katanya.

Peto berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi yang mengaitkannya sebagai bakal calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Sepanggar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam itu optimis siapa sahaja calon yang mewakili PH berpeluang untuk melakukan kejutan memenangi kerusi campuran itu.

Sementara itu, MP Sepanggar Datuk Azis Jamman dijangka mempertahankan kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada PRU14.

Barisan Nasional (BN) dan Bersatu (GRS) juga dijangka bertanding kerusi parlimen Sepanggar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles