Oleh: Jaafar Abd Wahid
BUKIT GARAM : Rakyat diingatkan tidak mengulangi kesilapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga tiada satu parti pun yang dominan untuk menjadi kerajaan.
Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata, kesilapan memilih itu menyebabkan ketidakstabilan politik negara sehingga sekarang.
Menurut beliau, keadaan itu bukan satu gambaran yang baik kerana kerajaan memerintah terumbang-ambing merancatkan pembangunan dan ekonomi negara yang mana rakyat menerima kesannya.
Bung berkata peluang sudah diberikan kepada parti lawan sehingga mereka boleh mengambil alih tapuk pemerintahan negara, namun apa yang mereka lakukan selama 22 bulan memerintah janji yang dicanangkan dalam manifesto gagal dilaksanakan yang ada hanya dendam kesumat kepada pemimpin Umno/BN
Bung yang juga Ketua Umno bahagian Kinabatangan berkata menyedari episod hitam melanda negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ekoran ketidakstabilan politik, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bertekad memastikan kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 nanti adalah sebuah kerajaan yang stabil demi kemakmuran dan kepentingan rakyatnya.
“Justeru untuk menang kita mesti bekerja cara menang bukanya melaksanakan tugas yang diamanahkan secara sambil lewa ,dekatilah ahli dan rakyat untuk menarik sokongan padu mereka kepada Umno dan Barisan Nasional semasa PRU Ke-15 yang kini diambang pintu untuk diadakan,” katanya.
Bung berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Bekelompok cawangan-cawangan Umno Zon Bukit Garam di dewan SMK Bukit Garam Kinabatangan di sini pada Ahad.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno bahagian Kinabatangan Datuk Jafry Arifin, Naib Ketua Bahagian Umno Kinabatangan Pg. Aziz Pg. Damsah Setiausaha Umno bahagian Kinabatangan Wad Daud Kahar, Ketua Penerangan Umno bahagian Kinabatangan Datuk OKK Titing Putang, Ketua Wanita Hajah Aminah Johan ,Ketua Pemuda Mohd Kurniawan Naim Bung dan Ketua Puteri Norhamiza Tinih.
Menurut Bung momentum ahli parti ketika ini adalah lebih baik dan meningkat jika dibandingkan diperingat awal ketika BN tewas dalam PRU Ke-14 yang seharusnya digunakan oleh jentera parti untuk terus menaikan semangat ahli agar memilih BN pada PRU Ke-15 kali ini.
“Kita bukan sahaja perlukan semangat, kita juga perlu strategi dan tindakan. Justeru cawangan ,wanita pemuda dan puteri perlu mainkan peranan masing-masing temui pegundi anjurkan seberapa banyak program agar ahli lebih mesra dan dekat dengan parti,”jelas Bung.