Eloklah PRU diadakan jika PM terus gagal urus negara – Muhyiddin

KOTA KINABALU: Jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap dapat dipilih oleh rakyat, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisements

“Nampaknya, Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini (ekonomi dan nilai ringgit merundum) sebagai sesuatu yang penting,” katanya menerusi hantaran terbaharu di Facebook.

Beliau berkata: “mungkin kerana itulah hanya 35% rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini”.

“Aspek pengurusan ekonomi negara mencatatkan prestasi terburuk dengan hanya 18% berpuas hati,” katanya.

Muhyiddin berkata sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, beliau telah mengarahkan jentera parti supaya terus membantu rakyat yang susah termasuk mengedarkan bakul makanan kepada mereka yang memerlukan dan menganjurkan Program Jualan Prihatin yang menawarkan barangan keperluan harian dengan harga yang murah.

Pada masa yang sama, katanya BN sedang menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan.

Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles