Zahid Beri Jaminan Umno Miiliki Hala Tuju Jelas

KOTA KINABALU: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Umno memilki hala tuju yang jelas terutama memperkasakan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU-15. 

Advertisements

Beliau berkata hala tuju Umno yang kedua ialah memperkukuhkan kerjasama dengan pihak yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk bekerjasama dengan BN. 

“Semalam saya menjawab tentang status Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan PAS pada 2019 jika ada yang masih tertanya-tanya. (https://www.facebook.com/188294724642446/posts/1997519793719921/),” katanya dalam satu catataj di Facebook hari ini.

Zahid turut menekankan bahawa parti itu mempunyai strategi untuk berdepan PRU15.

“Cumanya ia bukan lagi strategi politik sekiranya semua pihak terutama lawan tahu apa yang UMNO sedang dan akan lakukan.

“Strategi UMNO tidak boleh statik, rigid, kaku dan kejang. Strategi politik tidak boleh skema. Perlu bijaksana,” katanya.

Menelusuri senario semasa yang disesuaikan berdasarkan analisis SWOT dan kehendak akar umbi tanpa mengorbankan agenda perjuangan, beliau berkata barisan pimpinan UMNO mempunyai strategi yang terbaik untuk UMNO, para ahli dan rakyat keseluruhan. 

“Tetapi agak menghairankan apabila anti-UMNO yang seolah-olah paling kecewa dan hari-hari marah kerana UMNO kononnya tiada hala tuju. 

“Hari-hari membangkitkan perkara itu di media sosial. Apakah muslihatnya saya fikir saudara saudari ada jawapannya,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles