Lawrence Gimbang dipilih sebagai presiden KBDS

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Lawrence Gimbang dipilih sebagai Presiden Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah (KBDS) pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama (AGM) yang diadakan di Dewan Nuluhon Garden Retreat House, Kionsom Inanam, hari ini.

Advertisements

Dipilih untuk jawatan Timbalan Presidennya ialah bekas anggota Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun manakala Petrus Guriting menyandang jawatan setiausaha.

Jawatan bendahari pula disandang oleh Lothar Michael manakala Damian Marcus Podtung dipilih penolong setiausaha.

Empat Ahli Jawatankuasanya yang dipilih ialah Dato Webley Disim, Alex Kando, Soguli Olid dan Sitiamah Sahat.

Kesemua mereka menang tanpa tanding.

Sementara itu, Gimbang berkata,  persatuan itu antara lain bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat Kadazan-dusun bertutur dalam bahasa Dusunik mengikut dialet masing-masing supaya bahasa itu tidak akan lupus di telan zaman.

Menurutnya penubuhan KBDS itu penting memandangkan terdapat kajian yang menjangka bahasa Dusunik berkemungkinan pupus dalam tempoh 30 tahun sekiranya tiada usaha menggalakkan penggunaan bahasa itu.

“Atas kesedaran inilah lahir idea untuk menubuhkan Persatuan Pelestarian Bahasa Dusunik Sabah.

“Kita bangga bahasa kita, dan kita mahu galakkan penduduk Kadazan-dusun supaya terus memelihara, mempelajari dan bertutur dalam bahasa Dusunik,” katanya.

Gimbang berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Mesyuarat Agung Dwitahunan Pertama KBDS.

Mengenai perancangan masa depan, Gimbang berkata KBDS bercadang untuk mewujudkan Musium Dusunik di Pedalaman, Tuaran, Kota Marudu dan Ranau.

Katanya persatuan itu turut mencadangkan supaya kerajaan Sabah mewujudkan Unit Pelestarian Bahasa Orang Asal Sabah di bawah seliaan Jabatan Ketua Menteri oleh Jawatankuasa Induk Pertubuhan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles