Dua tokoh wanita dijangka warnai saingan Parlimen Beaufort dalam PRU15

KOTA KINABALU: Beaufort yang terletak di bahagian pedalaman bawah pernah mengukir sejarah sebagai salah satu tumpuan pertempuran antara tentera penjajahJepun dan Australia semasa perang dunia kedua.

Advertisements

Dan dalam masa terdekat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Beaufort sekali lagi menjadi tumpuan, kali ini “pertempuran politik” yang diramal turut membabitkan dua tokoh wanita – anak jati daerah itu.

Dua tokoh wanita itu ialah penyandang kerusi Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun dan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Siti Aminah Aching.

Azizah yang kini menganggotai Bersatu disebut-sebut bakal mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort atas tiket GRS manakala Siti Aminah diramal menggunakan lambang dacing Barisan Nasional (BN).

Turut jadi sebutan ialah Adun Klias Datuk Isnin Aliasnih daripada Bersatu dan Datuk Awang Aslee Lakat mewakili BN.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kata putus sama ada BN akan bertanding bagi kerusi Parlimen Beaufort atau sebaliknya.

Bagi Parti Warisan Sabah dan Pakatan Harapan, kedua-dua parti itu diramal akan meletakkan calon, namun
masih dalam pencarian calon yang sesuai.

Menurut pemerhati politik, sentimen orang Bisaya dikatakan masih kuat di kalangan pengundi di kawasan itu, dan dijangka boleh mempengaruhi pola sokongan terhadap calon-calon yang bakal bertanding.

Pada PRU14, Azizah yang bertanding atas
tiket BN ketika itu menang kerusi Parlimen Beaufort dengan majoriti 3,331 undi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles