PERKIM perbaharui semula kerjasama dengan USIA

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) memperbaharui semula kerjasama dengan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), meliputi pelbagai aspek untuk kebaikan bersama.

Advertisements

Setiausaha Agung Kehormat PERKIMTan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata ini termasuk meneruskan warisan dan gerakan dakwah Islam khususnya di negeri ini.

Menurutnya hubungan PERKIM dan USIA sudah lama terjalin dan berharap kedua-dua badan NGO itu terus bergabung tenaga bagi memperkasakan lagi pembangungan ummah.

“Kita bekerja untuk kebaikan demi masa depan ummah dan syiar Islam,” katanya.

Mohd Yusof berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad di ibu pejabat USIA, di sini hari ini.

Sambil menyambut baik pelantikan Sapawi sebagai Yang Dipertua USIA Sabah yang baharu, Mohd Yusof optimis pelantikan itu akan menyuntik semangat USIA, sekali gus membantu memastikan kepentingan agama Islam di Sabah sentiasa terpelihara.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Sapawi menzahirkan harapan serta mengalu-alukan idea dan syor-syor yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung Kehormat PERKIM yang menurutnya dapat membantu menyemarakkan semangat untuk mengembalikan USIA ke era kegemilangan.

Sapawi berkata pihaknya kini sedang menyusun strategi bagi merealisasikan pembugaran USIA termasuk daripada segi pentadbiran, pengurusan kewangan dan aset.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles