Sukan wadah terbaik terapkan semangat Keluarga Malaysia – Macklayton

RANAU: Sukan merupakan salah satu kaedah terbaik untuk merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat dan medium terbaik untuk menerapkan semangat Keluarga Malaysia.

Advertisements

Bagi menyemai semangat itu, Gereja SDA Ranau telah mengorak langkah dengan menganjurkan perlawanan persahabatan badminton dan futsal antara Ranau SC dan pasukan KISDAC SC dari Inanam.

Pengerusi penganjur Cikgu Macklayton Kalui berkata aktiviti sukan itu bertujuan, antara lain mengeratkan hubungan selain memupuk perpaduan dan harmoni dalam kalangan anggota.

“Saya berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan secara berterusan, sekali gus membantu menjayakan konsep Keluarga Malaysia yang harmoni,” katanya.

Macklayton berkata demikian selepas perlawanan futsal di Ranau Extreme Futsal, di sini hari ini.

Turut hadir pengurus pasukan KISDAC Prisca Jonatan.

Bagi kategori wanita, pasukan Ranau SC menewaskan KISDA 6-4 manakala pasukan lelaki Ranau SC membelasah pasukan KISDAC 10-4.


Bagaimanapun, pasukan KISDAC menguasai semua perlawanan badminton wanita dan lelaki yang diadakan di Dewan SMK Mat Salleh.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles