Ketua Menteri Hadir Majlis Makan Malam, Penyampaian Anugerah BSMM

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan isteri Datin Seri Panglima Juliah Salag menghadiri Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sabah di Dewan Seri Sulaman, semalam.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (Dr) Hajah Norlidah Tan Sri Datuk R.M.Jasni berkenan menghadiri majlis itu dan menyampaikan anugerah kepada penerima.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan Anugerah Sumbangan/Aktif Semasa Pandemik COVID-19 kepada BSMM Daerah-Daerah dan Sijil Penghargaan kepada Penderma Budiman/Penaja.
Majlis itu diadakan sempena sambutan Hari Palang Merah/Bulan Sabit Merah Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2022.
Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai, Timbalan Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kebangsaan, Dr. Selva Jothi A/L K.Selvadurai dan Pengerusi BSMM Negeri Sabah, Datuk Asnan Yunus Chung.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles