FKJ UMS anjur Bengkel KRA dan Retreat Pengurusan tingkat kerjasama dan pencapaian

KOTA KINABALU: Fakulti Kejuruteraan (FKJ) Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Bengkel Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dan Wacana Harmoni (Retreat) Pengurusan FKJ 2022, di sini baru-baru ini.

Advertisements

Ia bertujuan menilai pencapaian dan membincangkan keberkesanan tindakan yang telah dilaksanakan untuk mencapai sasaran yang dinyatakan dalam Pelan Strategik UMS 2018-2022.

Bengkel selama tiga hari itu melibatkan sesi pembentangan dan sumbang saran pihak pengurusan tertinggi FKJ yang diketuai Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Ismail Saad.

Beliau berpesan agar segala tugasan yang diamanahkan perlu sentiasa dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Saya ingin FKJ membudayakan slogan ‘Bersatu Kita Teguh’ sebagai slogan fakulti untuk lebih maju ke hadapan dengan kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang padu.

“Saya juga mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua dalam penganjuran bengkel pada kali ini dan berharap agar semua pihak akan terus berusaha dalam mencapai kecemerlangan fakulti,” katanya.

Bengkel itu turut dijayakan dengan kehadiran Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program, Ketua Pentadbiran serta Ketua Bahagian Sains dan Teknikal.

Ia turut dihadiri beberapa penyelaras untuk membentangkan cadangan strategi bagi mencapai sasaran bagi portfolio masing-masing.

Majlis perasmian bengkel disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Rasid Mail.

Ujarnya, peranan dan tanggungjawab FKJ adalah amat diperlukan untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) dalam Pelan Strategik UMS 2018-2022.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles