KOTA KINABALU: Alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah (AKTYS) telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth 2 (HQE) dan Suria Sabah Shopping Mall bertempat di pusat membeli belah itu, di sini, semalam.
Seramai 14 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan lapan staf HQE2 hadir menjayakan program yang diketuai oleh Presiden AKTYS, Mohd Pkhruddin Bian.
Program Kempen Derma Darah ini merupakan aktiviti tahunan Persatuan AKTYS dan sebanyak lima kali aktiviti ini telah diadakan pada tahun-tahun yang lepas.
Presiden AKTYS berkata tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa serta membantu masalah kekurangan bekalan darah di hospital.
Program ini bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
Ramai pengunjung di pusat membeli belah yang berasal dari bandar kota kinabalu dan luar bandar seperti Wilayah Persekutuan Labuan, Lahad Datu, Kunak, Papar dan Tuaran serta bekas pelajar alumni Kolej Teknikal Yayasan Sabah turut menderma darah.
Mohd Pkhruddin menyampaikan cenderamata kepada pihak hospital QE2, Dr. Cho Shu Mun sebagai tanda kenangan bersama sembilan orang staf HQE2.