Segerakan atau UMNO BN akan tewas PRU15

Kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Advertisements

KUALA LUMPUR: Ketika ini pembangkang sedang menggunakan pelbagai persepsi untuk mengugat keyakinan akar umbi UMNO BN.

Isu yang dikemukakan pembangkang berbentuk serpihan dan tidak dilihat dari perspektif menyeluruh. Dengan kata lain, mereka serang, spin dan kemudian cuba cetuskan imej bahawa merekalah terbaik walaupun PH berkuasa 22 bulan membuktikan sebaliknya hingga PM mereka sendiri meletak jawatan apabila tahu manifesto mereka tak dapat ditunaikan.

Pimpinan parti dan akar umbi UMNO sangat yakin inilah waktu terbaik untuk menyegerakan PRU. Sudah banyak kali sudah dijelaskan justifikasi.

Yang penting UMNO tidak mahu pembangkang terus menggunakan bulan-bulan terakhir sebelum bubar parlimen untuk menyerang BN.

Apabila melengahkan PRU bermakna kita memberikan senjata kepada musuh untuk terus menyerang. Sebab itu, tidak ada satu pun pembangkang minta bubar parlimen walaupun dahulu selalu memperlekeh kerajaan yang ada sekarang bukan mandat rakyat, kerajaan pintu belakang dan sebagainya.

Kebimbangan pembangkang dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri PH terpaksa mengakui bahawa pendirian Umno yang mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan lebih awal kerana yakin rakyat masih memandang tinggi terhadap parti itu.

Berdasarkan temu bual dengan The Associated Press yang disiarkan Astro Awani, Ahli Parlimen Langkawi itu, berkata ketika ini pembangkang sudah berpecah-belah, sekali gus memberi ruang kepada Umno untuk menang besar.

Beliau terpaksa mengakui bahawa dari sudut kerajaan, pilihan raya awal adalah satu perkara yang baik kerana kerajaan sudah bersedia dan pembangkang pula tidak bersedia.

UMNO sudah membuat pendirian tersebut sudah lama pun. Kini terpulanglah kepada pucuk pimpinan kerajaan untuk menyegerakan tuntutan akar umbi dan parti UMNO.

Segerakanlah atau UMNO BN akan tewas PRU. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidaklah berguna.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles