10 Daerah Sifar Kes Baharu Covid-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 daerah di negeri ini tidak mencatat kes baharu positif Covid-19, hari ini.

Advertisements

Daerah terbabit ialah Tongod, Telupid, Kudat,      Pitas, Kota Marudu,Papar , Ranau, Nabawan, Tenom dan Beaufort. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, situasi itu menunjukkan penularan Covid-19 di negeri ini mulai menunjukkan penurunan.

Beliau berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 yang direkodkan di Sabah hari ini ialah 101, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 51,216 kes. 

Dalam kenyataannya, Masidi berkata satu kes kematian direkodkan di daerah Kalabakan.

Beliau berkata daerah Tambunan mencatatkan jumlah kes tertinggi pada hari ini dengan 23 kes, diikuti Keningau dengan 20 kes dan daerah Tawau dengan 14 kes.

Masidi berkata jumlah 101 kes itu merupakan bilangan terendah sejak 1 Oktober tahun lalu. 

Beliau berkata kerajaan Negeri amat mengharapkan agar bilangan kes di negeri ini terus mencatatkan penurunan selepas ini. 

Sehubungan itu, Masidi berharap rakyat Sabah dapat mematuhi arahan-arahan semasa dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan khususnya pada musim perayaan. 

“Tidak mustahil kita akan mencapai sifar Covid-19 sekiranya rakyat dapat mengekalkan amalan norma baharu dalam kehidupan seharian sebagaimana yang diamalkan sekarang,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles