Acara merentas desa SK Api Api mendapat sokongan & penglibatan guru, murid & ibu bapa dalam memacu kemenjadian murid

 

KOTA KINABALU: Penglibatan murid dalam sukan adalah penting dalam membina kekuatan mereka dari segi fizikal dan mental.

Advertisements

Selain itu, murid yang cemerlang dalam acara sukan berpeluang melangkah jauh dalam acara pilihan masing-masing apabila dapat mewakili sekolah dan seterusnya daerah, negeri dan negara.

Pengerusi Kumpulan Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Hj Mohammad Arif Tun Sakaran Dandai berkata demikian ketika merasmikan penutupan kejohanan merentas desa peringkat Sekolah Kebangsaan Api Api di Tasik Rekreasi Likas, di sini pada Khamis.

“Kejayaan dalam apa-apa bidang itu pula berlandaskan pada perpaduan dan prinsip saling menghormati,” kata Mohammad Arif yang juga berperanan sebagai Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Seramai hampir 400 murid tahap dua SK Api Api mengambil bahagian dalam acara berkenaan, yang turut dihadiri Guru Besar Mohd Hafiz Zuraimy Damsah dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nazir Hj Salleh.

Sementara itu, Mohd Hafiz dalam ucapannya berkata beliau ingin melihat penglibatan ibu bapa dalam acara sukan pada masa hadapan.

“Sekolah akan memperkenalkan kategori ibu dan bapa dalam kejohanan olahraga yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Mohd Hafiz turut mengucapkan penghargaan kepada guru-guru, ibu bapa, PIBG dan komuniti termasuk sektor swasta yang membantu menjayakan acara merentas desa itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles