Tumpukan kepada usaha kembalikan kegemilangan USIA selepas pemilihan – Sapawi

KOTA KINABALU: Ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan perpaduan bagi mengembalikan era kegemilangan USIA selepas pemilihan.

Advertisements

Yang Dipertua USIA yang baharu Datuk Sapawi Ahmad berkata ada kala akan menang atau kalah tetapi berharap semua pihak akan bersatu membantu menaikkan imej USIA.

“Insya-Allah USIA akan kembali gemilang,” katanya pada persidangan media di sini hari ini.

Sapawi turut menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada yang berjaya dan menang dalam pemilihan AMT pada Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA Ke-35 yang berakhir semalam.

“Para perwakilan telah membuat keputusan ,tentunya mereka mahukan yang terbaik.

“Oleh itu, marilah kita gembleng usaha untuk memikul tanggungjawab dan melaksanakan khidmat bakti yang terbaik untuk USIA sepertimana yang diharapkan oleh para pejuang dan pemimpin USIA pada masa lalu,” katanya.

Menyentuh tentang beberapa kuota lantikan bagi beberapa jawatan dalam USIA, Sapawi berkata beliau akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Beliau berkata antara perkara utama yang akan diberi perhatian ialah mengembalikan kegemilangan USIA terutama memperkemaskan pengurusan kewangan dan aset yang lebih terus dan berintegriti.

“USIA memiliki aset di seluruh negeri,
maka semua aset yang ada akan dimajukan demi menjana kewangan untuk USIA .

“Pembangunan aset pada masa depan akan dilakukan secara usahasama hanya dengan syarikat milik kerajaan (GLC),” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles