Umno Sabah “tatap” Bersama GRS – Bung

KOTA KINABALU: UMNO Sabah akan kekal bersama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menentukan kemenangan calon masing-masing pada pilihanraya umum ke-15 (PRU15).

Advertisements

Pengerusi UMNO Sabah, Dato Sri Bung Moktar Radin berkata Umno Sabah dan GRS akan mengadakan mesyuarat bagi membincamgkan persediaan PRU-15 dalam masa terdekat.

“Kita memang jangka pilihanraya umum ke-15 akan berlaku dan diadakan seperti apa yang dimaklumkan (oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin) bahawa ia akan dilaksanakan sebaik Covid-19 reda.

“UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak ketinggalan bersiap sedia bagi menghadapi pilihanraya,” katanya di ibu pejabat UMNO Sabah selepas memberi sumbangan Tahun Baru Cina 2021 kepada ahli komponen BN Sabah daripada MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Hadir untuk menerima sumbangan tersebut adalah pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung. 

Turut hadir ialah Ketua Wanita MCA Sabah Dr Pamela Yong, Setiausaha MCA Sabah Datuk Yong Su Phin dan Bendahari MCA Sabah Datuk Chin Kim Hiung.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah berkata pemberian sumbangan itu bertujuan mengeratkan silaturahim diantara parti komponen BN di Sabah.“Semoga Tahun Baru Cina 2021 membawa kemakmuran kepada rakyat Sabah, negeri Sabah serta negara Malaysia,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles