Parti KDM Terima hampir 6,000 ahli baharu di Matunggong

KOTA MARUDU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) pimpinan Datuk Peter Anthony terus mendapat kepercayaan rakyat Sabah dengan kemasukan hampir 6,000 ahli baharu di Matunggong baru-baru ini.

Advertisements

Ahli-ahli baharu itu rata-rata “terlalu inginkan” pemimpjn-pemimpin KDMR bersatu dan sepakat dalam membela nasib rakyat Sabah, khususnya masyarakat di luar bandar.

Sambil menzahirkan rasa gembira di sebalik penyertaan ramai ahli-ahli baharu dari 112 cawangan di Matunggong itu, Peter berkata ini menunjukkan parti KDM diterima baik rakyat negeri ini, khususnya masyarakat KDMR.

Sehubungan itu, beliau berkata program jelajah “Mirurumo” itu akan diteruskan ke kawasan luar bandar yang lain di seluruh negeri.

“Jika semuanya berjalan seperti yang dirancang, jelajah mirurumo (majlis mesra bersama rakyat) itu akan diadakan di Telupid/Kuamut pada 26 Jun ini,” katanya selepas melancarkan Program Jelajah Mirurumo di Matunggong, dekat sini.

Peter optimis kesepakatan pemimpin-pemimpin parti politik, terutama yang mewakili masyarakat KDMR boleh dicapai “sekiranya ada keterbukaan untuk bersatu.

“Bagi kita (KDM), kita terbuka untuk mewujudkan “pisompuruan” (muafakat) demi kebaikan rakyat.

“Saya percaya dengan wujudnya kesepakatan, ia memudahkan kita untuk membantu rakyat di luar bandar yang dahagakan pembangunan,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles