KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan pekerja ladang di Hulu Jerocco, Kinabatangan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sembilan kes positif Covid-19 dicatatkan dalam kluster itu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29 kes.
“Kes indeks merupakan seorang pekerja ladang yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan PERKESO.
“Saringan kontak rapat dan tempat kerja, mendapati 28 kes lagi positif Covid-19 telah dikesan melalui ujian RTK Ag dan rt-PCR.
“Aktiviti pengesanan masih diteruskan ke ladang-ladang milik syarikat yang sama,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.