Ketua Menteri terima kunjungan hormat Pengerusi FELDA

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Dato’ Seri Idris Jusoh dan rombongan di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.
Hajiji diberi taklimat oleh Idris mengenai operasi FELDA di Sabah dan perancangan masa depannya.
Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Peguam Besar Negeri, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Penasihat Kewangan kepada Ketua Menteri, Datuk Peter Thien.
Bersama Idris ialah Pengarah Besar FELDA, Datuk Amiruddin Bin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Besar FELDA (Servis Korporat), Encik Mahadzir Bin Mustafa dan Pengarah Wilayah Sahabat, Encik Yusof Bin Ismail.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles