Jamawi Ziarah Bekas Rakan Seperjuangan Pemuda UMNO Tenom

Oleh: Jaw

Advertisements

KOTA KINABALU: Pada penghujung bulan Mac lepas musibah menimpa keluarga Ahli Lembaga Pengarah Pertubuhan Peladang Tenom Hailly Jamihiu, apabila ayah beliau terlibat dalam kejadian kemalangan jalanraya di KM 13 Jalan Tenom Kemabong.

Dalam kejadian tersebut ayah Hailly. Jamihiu Ankiwan yang merupakan pemandu Van membawa 8 penumpang berlanggar dengan sebuah roli treller menyebabkan beliau cedera di bahagian kepala dan kaki, bagaimanapun ketika ini keadaan semakin pulih. Turut mengalami kecederaan serius isteri ialah isteri Hailly, Aine Ankiwan yang patah tanan kanan dan terlepas tulang paha kiri.

Dua penumpang lain meninggal dunia seorang lelaki semasa menerima rawatan kecemasan di Hospital daerah Tenom dan seorang penumpang wanita yang patah tangan dan cendera di bahagian kepala meninggl dunia di wad ICU Hospital Daerah Keningau.

Empat lagi penumpang lain termasuk dua kanak-kanak MENGALAMI kecederaan ringan.

Pengerusi SUDC Jamawi Jaafar semasa kejadian turut bergegas ke hospital daerah Tenom bagi melihat keadaan mangsa terbabit dan kelmarin, Jamawi yang juga bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom di mana ketika beliau menjadi ketua, Hailly merupakan salah seorang ahli jawatan pergerakan pemuda Umno bahagian sekali lagi berkunjung ke rumah Hailly di kampung Bamban Kemabong bagi bertanya khabar tentang perkembangan ayah dan isteri Hailly.

Jamawi yang ditemani isteri serta rakan rakan semasa zaman pemuda Umno selain bertanyakan khabar turut menghulurkan sumbangan perbadi kepada Hailly dan keluarga.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles