Lanjutkan pengajian anda di UMS — Ahli Parlimen Kota Belud

Oleh : Dafnee Paiang Sindam, Pelajar Komunikasi UMS

Advertisements

KOTA KINABALU: “Kalau ada sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian, saya cadangkan boleh sambung ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).”

Demikian kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis, 40, dalam muat naik hantaran di facebook rasminya, semalam.

Beliau antara 697 graduan UMS yang diraikan pada hari pertama Majlis Konvokesyen UMS ke-22 pada Sabtu.

Katanya, keputusan melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Minyak dan Gas) UMS pada pertengahan tahun 2016 merupakan pilihannya untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Pengajian saya bermula sekitar Jun/Julai 2016. Pada ketika itu, saya katakan pada diri untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Mana tahu dapat tukar bidang pergi minyak dan gas,” katanya.

Menurut Munirah, Ijazah Sarjana Kejuruteraan (Minyak dan Gas) di UMS mempunyai tiga semester.

“Semester pertama dan kedua perlu hadir ke kelas dan menduduki peperiksaan. Manakala peperiksaan akhir perlu buat praktikal dan kajian makmal,” jelasnya.

Beliau turut berkongsi cabaran yang dihadapi terutama semasa mula terlibat dalam bidang politik.

“Beginning second semester I was already juggling between politics and finishing my masters degree. Berlari ke kelas dan in between program itu biasa.

“Even Viva saya jatuh pada second day Christmas 2019, sorry ya para lecturer.

“Alhamdulillah semuanya selesai pada akhir Tahun 2019, patut konvo 2020 tapi disebabkan Covid, saya pasti ada hikmahnya,” ujar Munirah.

Beliau turut berkongsi pengalaman manis sepanjang pengajian di universiti Kampus Rahmah itu.

“Along the way, I met amazing people who became my friends to this day. Kelas setiap Sabtu dan Ahad akan selalu berakhir dengan acara makan-makan.

“Terima kasih kepada Profesor Madya Dr. Jidon Adrian Janaun, Dr. Anissuzaman, Profesor Dr. Ravindra Pogaku, Dr. Sariah Saalah, Dr. Mizanur Rahman, Mr Chung dan semua yang saya telah menyumbang kepada apa yang saya terima hari ini.

“Terima kasih juga kepada mama, bapa, adik beradik serta keluarga saya dan seluruh rakan-rakan atas sokongan dan doa,” katanya.

Perkongsiannya itu telah mendapat 1,000 sukaan, 271 komen dan 45 perkongsian setakat jam 4.00 petang hari ini (27 Mac 2022).

Untuk rekod, Majlis Konvokesyen UMS ke-22 berlangsung selama enam hari bermula 26-31 Mac 2022 dengan menyaksikan seramai 4,728 graduan diraikan di pentas Dewan Canselor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles