Perkukuhkan budaya melalui KDCA

RANAU: Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merasmikan pembukaan cawangan Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Kampung Mininsalu, di sini kelmarin.

Beliau selaku Pengerusi Penyelaras KDCA Ranau, berkata, misi KDCA adalah menjalinkan perpaduan yang harmoni dalam kepelbagaian sebagai asas penyatuan dan tempat menjalinkan kerjasama, penglibatan dan penyertaan multi-etnik Kadazandusun bagi pengekalan dan pengembangan warisan kebudayaan sebagai asas pembangunan sosio-budaya, ekonomi dan politik yang berkekalan.

ā€œKDCA sebuah persatuan yang aktif mempertahankan dan mengekalkan kebudayaan Kadazandusun supaya tidak hilang ditelan arus pemodenan.

ā€œAntara cara untuk mengekalkan kebudayaan adalah melalui pakaian tradisi, tarian etnik mahupun melalui bahasa,ā€ ujarnya.

Beliau turut memuji penglibatan remaja dari kampung berkenaan dimana mereka mengadakan persembahan tarian-tarian tradisi etnik Dusun dalam majlis berkenaan.

ā€œSiapa lagi yang akan mengekalkan budaya tradisi kita jika bukan kita sendiri?,ā€ katanya.

Semasa dalam ucapan perasmiannya di Balairaya Kg Mininsalu itu, beliau turut mengalu-alukan semua penduduk kampung (terdiri daripada kaum Dusun) untuk menjadi ahli.

Sehubungan itu, Dr. Joachim mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang menjayakan majlis perasmian pembukaan cawangan KDCA Kg. Mininsalu.

ā€œSehingga kini, terdapat 11 cawangan KDCA yang aktif di Ranau dan KDCA Ranau akan memperbanyakkan lagi cawangan-cawangan,ā€ujarnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles