Oleh: Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU: Pengurus Pasukan Bawah 19 tahun (B19) Sabah Jamawi Jaafar akui ketumpulan jentera serangan menggagalkan hasrat pasukan itu untuk meraih tiga mata ke atas Polis FC dalam aksi perlawanan Piala Belia di Padang Sime Darby Bukit Jelutong pada petang rabu lepas .
Beliau yang pertama kali mengemudi pasukan B19 Sabah musim ini sebagai pengurus pasukan berkata,pasukan B19 Sabah banyak mencipta peluang baik untuk menjaringkan gol namun disia-siakan dan terpaksa akur dengan keputusan seri.
“Berdasarkan perlawanan tadi (petang rabu), kami lebih banyak memiliki peluang berbanding Polis FC namun bahagian serangan gagal menyempurnakannya.
“Walaupun pasukan lawan memiliki barisan pertahanan yang baik ,kami masih dapat mengucar-ngacirkan mereka, tetapi malangnya tiada penyudah ditambah lagi keadaan padang licin ekoran hujan yang turun ketika pelawanan ,” katanya ketika di hubungi di sini kemarin
Sementara itu Jamawi berkata, walaupun sekadar seri, secara keseluruhan beliau tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya
“ Ini adalah perlawanan pertama kita, dan sudah tentu selepas ini pihak jurulatih akan memberikan tumpuan untuk memperkukuhkan bahagian serangan dalam sesi latihan bagi menghadapi perlawan seterusnya dan saya berharap para pemain akan menumpukan perhatian terhadap sesi latihan “ katanya
Pasukan B19 Sabah akan bertemu Kucinf FC pada petang 5 Mac ini di Satdium Penampang.