Kerajaan Sabah, SKMM Lancar Projek Teknologi VSAT Untuk Atasi Masalah Capaian Internet

RANAU: Kerajaan Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini melancarkan projek teknologi satelit ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) untuk menyediakan perkhidmatan internet di kawasan-kawasan terpencil di Sabah.

Advertisements

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Haji Yakubah Khan berkata teknologi yang menggunakan satelit itu merupakan langkah jangka pendek yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah ketiadaan akses internet di kalangan pelajar luar bandar yang mengikuti pembelajaran secara maya.

Beliau berkata untuk fasa pertama, lima set VSAT akan dipasang di lima daerah termasuk Kampung Waluhu di daerah Ranau.

“Jika semuanya berjalan lancar,  kemudahan internet di Kampung Waluhu boleh diakses bermula hari ini.

Yakubah berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan para pelajar yang terpaksa menaiki bukit untuk mendapatkan capaian internet di Kampung Waluhu, hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri serius dalam membela nasib penduduk luar bandar terutama para pelajar yang tidak mempunyai kemudahan jalur lebar.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa kekangan untuk menjayakan projek teknologi VSAT termasuk ketiadaan bekalan elektrik.

Yakubah berkata kerajaan negeri bersama SKMM akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan itu termasuk menggunakan tenaga solar.

Bagi jangka panjang, beliau berkata kerajaan Sabah telah merangka pelan perancangan  menyeluruh yang melibatkan pembinaan lebih banyak menara telekomunikasi di negeri ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles