Kerusi Parlimen Putatan seharusnya “tatap” milik BN dalam PRU akan datang – Jeffery Nor

KOTA KINABALU:  Kerusi Parlimen Putatan sewajarnya ‘tatap’ milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang akan datang, kata Ketua UMNO Putatan Jeffery Nor Mohamed.

Beliau berkata ini kerana kerusi Parlimen Putatan masih lagi milik BN pada ketika ini.

“Asas perbincangan (pembahagian kerusi) mesti merghormati parti penyandang iaitu BN.

“Tentu sekali, ini adalah asas kepada keharmonian gabungan kerajaan perpaduan Sabah apabila kita pandai menghormati fakta ini,” katanya.

Jeffery berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Bahagian UPKO Putatan Datuk Markus Mojigoh yang sebelum ini menzahirkan cadangan bahagian itu agar UPKO bertanding kerusi parlimen Putatan pada PRU yang akan datang.

Menurut Jeffery ⁠unjuran data pengundi di kawasan itu juga menunjukkan majoriti  pengundi atau 89 %  adalah Bumiputra Islam.

Beliau berkata kenyataan seumpama itu

harus diketepikan buat masa ini kerana negara ini sedang berdepan krisis ekonomi kesan ketidaktentuan di timur tengah.

“Maka fokus wajar ditumpukan kepada bagaimana kita sama-sama membantu rakyat kita khususnya di Putatan untuk menghadapi keadaan ini,” katanya.

Justeru itu, Jeffery berharap UPKO dapat menghormati keadaan itu dan ‘tidak perlulah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak dalam gabungan kerajaan perpaduan Sabah’.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles