Polis Papar lancar Op Selamat di laluan Pan Borneo Papar-Kota Kinabalu

PAPAR: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Papar, telah melancarkan Op Selamat di laluan lintas Jalan Pan Borneo Papar menuju ke Kota Kinabalu sejak Khamis sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Polis Papar, dalam kenyataannya, berkata sepanjang operasi tersebut, seorang pegawai dan sembilan anggota trafik ditugaskan bagi Op Selamat, manakala 1 pegawai bersama tiga anggota lagi bagi tugasan siasatan trafik. 

Operasi yang akan berlangsung hingga 24 Mac itu memberi tumpuan kepada pemantauan di laluan utama yang sibuk.

Menurut tinjauan di laluan Pan Borneo itu, pihak polis dilihat menjalankan pemantauan menggunakan alat pengesan had laju bagi mengesan kesalahan memandu melebihi had yang ditetapkan.

Sementara itu  polis mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi had laju, tidak memotong di garisan berkembar, serta tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles