Perutusan Aidilfitri Jeffery Nor Bin Mohamed, Pengerusi FELCRA Balingian Plantation Sdn Bhd., Pengerusi BN P. 173 Putatan, Ketua UMNO Bahagian P173 Putatan.
KOTA KINABALU: Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.
Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
Syukur ke hadrat Allah swt kita di Sabah ini dapat meraikan sambutan hari raya aidil fitri dgn aman dn damai jika di bandingkan dengan negara-negara lain, di negara timur tengah sekarang dalam keadaan bergolak sudah tentu keamanan yang ada di negara kita perlu di kekalkan dengan cara kita semua memainkan peranan utama, hari raya aidil fitri adalah medan yg terbaik untuk kita menjadikan amalan ziarah menziarahi sesama keluarga, sanak saudara dan jiran tertangga bagi memupuk semangat kesamaan di antara kita untuk mengekalkan keamanan tersebut amatlah dituntut.
Agama kita juga menuntut kita untuk berpada – pada dalam menyambut perayaan aidil fitri ini, sesuai dengan keadaan ekonomi global sekarang yg semangkin tidak menentu amatlah sesuai dengan tuntutan tersebut.
Akhir kalam, selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Semoga sambutan hari raya kali ini, memutik kembali semangat ukuwah di antara kita semua khususnya di Putatan ini dan di negeri Sabah ini.
