Masiung gesa pimpinan sekolah di daerah Tongod jalin hubungan dua hala anggota rakan strategik

Oleh Yussof J. Imbang

TONGOD; Pengerusi Kumpulan Sedco, Datuk Masiung Banah mengesa kepimpinan sekolah di daerah ini menjalinkan hubungan dua hala dengan anggota Rakan Strategik dalam pembangunan akademik.

Katanya, gandingan guru dan ibubapa memainkan kerjasama bagi menarik perkongsian pintar antara jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan swasta yang menjadi rakan strategik sebuah institusi pendidikan.

Wakil Rakyat Kuamut itu, berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK. Tongod, kelmarin.

Beliau berharap, komuniti setempat dan NGO’s harus menyumbang idea dan kepakaran untuk membentuk pelajar cemerlang dalam akademik.

Masiung mahukan kepimpinan sekolah menjadi duta kecil dalam pelbagai kurikulum pendidikan sambil memupuk bakat pelajar dalam pendidikan dan sukan.

Jelasnya, sekolah di peringkat luar bandar juga mampu muncul sebagai pusat ilmu yang cemerlang melalui kolabarasi dengan rakan strategik

Beliau kemudianya menyampaikan sumbangan dana bagi membantu operasi fizikal sekolah berknaan.

SK. Tongod diketuai oleh  Guru Besar, Norita Pantau dan  Yang Dipertua, Armon Bining.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles