Oleh Yussof J. Imbang
KOTA KINABALU; Backbencers Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah mengingatkan kerajaan supaya menyediakan pelan tindakan segera bagi mendepani kesan ekonomi global susulan ketegangan yang memuncak di timur tengah.
Pengerusi organasasi itu, Datuk Masiung Banah menegaskan sepatutnya kerajaan pusat sudahpun mengariskan langkah jangka pendek dan sederhana akibat kenaikan secara drastik harga minyak mentah dunia.
Menurut beliau, bila harga minyak melambung naik sudah tentu harga barangan keperluan termasuk bahan makanan akan meningkat naik.
” Jika kerajaan lambat bertindak tanpa pelan tindakan awal, akhirnya peniaga akan mengambil kesempatan dan kenaikan harga barang keperluan harian menjadi tidak terkawal.
” Kenaikan mendadak minyak mentah global berpotensi mencetuskan kesan inflasi berganda yang akhirnya meningkatkan kos sara hidup rakyat.
” Ketegangan geopolitik perang antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran telah menjejaskan laluan perdagangan utama dunia di Selat Hormuz, keadaan ini menimbulkan kesan fiskal kenaikan bahan mentah di Malaysia, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, mengesa Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi Malaysia melaksanakan dasar fiskal ekoran peperangan tersebut.
Menurut beliau, kesan harga bahan api dan barang import sudah mulai terasa di kalangan rakyat.
Tegasnya, sekiranya peperangan berlanjutan, kerajaan harus bersedia dengan pelan fiskal tambahan bagi memastikan rakyat tidak terbeban.
Beliau menjangkakan tekanan kewangan kepada kerajaaan juga akan meningkat termasuk kemungkinan pertambahan defisit perbelanjaan kerajaan.
Pengerusi Kumpulan Sedco itu berkata, keadaan lebih kritikal apabila harga diesel meningkat, kos pengangkutan dan logistik turut meningkat dan akhirnya memberi impak kepada harga barangan di pasaran tempatan.
