SPRM Sabah tahan penjawat awam disyaki terima rasuah RM3,000

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam sebuah jabatan kerajaan negeri kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 sebagai balasan memberikan Projek Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada sebuah syarikat kontraktor.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Siasatan awal mempercayai suspek melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 dengan menerima rasuah kira-kira RM3,000.

“Suspek disyaki telah menerima wang rasuah secara berperingkat iaitu dua transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun peribadinya dan juga akaun milik anaknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan suspek akan dilepaskan selepas keterangan diambil. 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles