Horizon Hotel KK rai pelajar asnaf berbuka puasa

KOTA KINABALU: Sempena bulan suci Ramadan, Horizon Hotel Kota Kinabalu telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa yang penuh bermakna bersama guru-guru serta para pelajar dari Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah pada hari ketiga Ramadan.

Program ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) hotel dalam usaha menyantuni komuniti dan golongan yang memerlukan. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Horizon Hotel, Stella Chong bersama barisan ketua jabatan hotel yang turut menyambut dan meraikan para jemputan dalam suasana penuh kemesraan dan keinsafan.

Seramai 35 orang tetamu telah menghadiri majlis berkenaan, terdiri daripada 25 pelajar berusia antara 15 hingga 17 tahun, lapan orang guru serta dua ahli jawatankuasa NGO.

Menurut Stella Chong, program tersebut bertujuan membawa kegembiraan dan berkongsi keberkatan Ramadan bersama anak-anak di bawah jagaan pertubuhan berkenaan.

“Kami amat berbesar hati dapat berkongsi rezeki dan membawa senyuman kepada anak-anak ini sepanjang Ramadan. Inisiatif CSR ini merupakan komitmen berterusan pihak hotel dalam menyokong usaha kebajikan komuniti setempat,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, Stella Chong bersama Evelyn Saw turut menyampaikan sumbangan sampul duit Raya kepada para pelajar. 

Selain itu, satu sumbangan cek RM3,000.00 turut diserahkan kepada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah, Mohd Ali Osman sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan berterusan organisasi tersebut.

Horizon Hotel terus komited menyajikan pengalaman berbuka puasa yang istimewa apabila memperkenalkan bufet bertemakan ‘Selera Kita’ sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Bufet tersebut bermula dari jam 6.00 petang hingga 9.30 malam setiap hari dan akan berlangsung sehingga 18 Mac. Tetamu bakal disajikan dengan pelbagai pilihan hidangan yang menepati cita rasa tempatan, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, rakan-rakan dan kenalan perniagaan dalam suasana yang selesa dan eksklusif.

Bagi mereka yang ingin menikmati penjimatan lebih awal, Horizon Hotel menawarkan harga istimewa pakej pembelian awal (early bird) pada kadar RM98 seorang, sah sehingga 28 Februari.

Dalam pada itu, pihak hotel turut melanjutkan waktu hidangan Dim Sum sehingga jam 8.30 malam setiap hari sepanjang Ramadan, sekali gus memberi lebih fleksibiliti kepada pelanggan untuk menikmati sajian kegemaran mereka pada waktu malam.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan dengan menghubungi talian 016-892 9881 atau 016-582 2188.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles