UMS Perkasa Pembangunan Bakat Melalui Pelaksanaan Program SLDN

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh agenda pembangunan bakat dan kemahiran warga kerjanya menerusi pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang selari dengan keperluan semasa industri.

Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar, berkata program berteraskan konsep industry-driven itu dilaksanakan hasil kerjasama strategik antara Pusat Latihan T-VOC dan UMS sebagai syarikat latihan, sekali gus menyokong usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompetitif.

“Pelaksanaan Program SLDN ini menumpukan kepada pembangunan pekerja berpengetahuan atau K-Workers yang memiliki kompetensi teknikal, sosial dan kemanusiaan, serta metodologi dan pembelajaran.

“Ini bagi memastikan tenaga kerja yang dihasilkan bukan sahaja mahir, malah beretika dan adaptif terhadap perubahan teknolog,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Graduasi Sijil Kemahiran Malaysia SKM-Tahap 3 (Pentadbiran Pejabat) SLDN, di sini.

Beliau menambah UMS telah diiktiraf sebagai pusat bertauliah SLDN pada 15 Mac 2024 dengan kapasiti seramai 100 peserta.

“Bagi ambilan pertama, seramai 25 kakitangan telah diluluskan, manakala baki kuota boleh diisi sehingga 14 Mac 2027.

“Program yang dilaksanakan sepanjang 15 bulan ini merangkumi tujuh modul latihan yang mengintegrasikan pembelajaran teori dan latihan amali di tempat kerja.

“Ini melibatkan 25 perantis daripada empat jabatan utama universiti, iaitu Bahagian Perkhidmatan Akademik, Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia serta Bahagian Pentadbiran dan Governan yang terdiri daripada gred N1 hingga N2, serta dibimbing oleh
coach berkelayakan gred N3 bagi memastikan pemantauan dan
bimbingan dapat dilaksanakan secara berkesan.” katanya

Beliau turut menaruh keyakinan akan pelaksanaan SLDN di UMS mampu memberi pelbagai manfaat antaranya meningkatkan keupayaan universiti melaksanakan latihan kemahiran secara sistematik dan berstandard, membuka peluang UMS sebagai pusat latihan amali, serta memberi pengiktirafan selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan.

“Di samping itu, program ini turut membuka peluang kepada warga UMS
memperoleh kemahiran TVET serta Sijil Kemahiran Malaysia yang
diiktiraf industri, sekali gus menyediakan laluan pembangunan kerjaya
dan peningkatan kebolehpasaran yang setara dengan kelayakan
akademik.

“Insentif yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran juga memberi manfaat tambahan kepada staf dan pelajar
mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya.

Ujar beliau, komitmen dan usaha bersepadu Bahagian Kepimpinan dan Pembangunan Bakat (BKePT) dalam menjayakan program SLDN itu diharap mampu menyumbang kepada pengukuhan reputasi UMS sebagai institusi yang komited menyokong agenda TVET dan pembangunan kemahiran negara.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah BKEPT, Kamisah Husin dan wakil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sabah dan WP Labuan, Juneideh Amin.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles